Kuala Lumpur, 5 November 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim telah menyempurnakan Majlis Simbolik Pengagihan Bakul Kasih Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, petang tadi.
Sumbangan berbentuk keperluan asas serta wang zakat diserahkan kepada 30 orang pesara polis Kuala Lumpur itu merupakan inisiatif PRIHATIN dengan kerjasama MAIWP bagi meringankan beban yang ditanggung oleh para pesara yang terjejas dengan akibat wabak pandemik COVID-19.
Dalam majlis yang sama, Datuk Seri Hj. Mazlan turut menyampaikan cenderahati kepada Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah PRIHATIN, Prof. Emeritus Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar serta Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar atas mereka kesudian membantu warga pesara polis.
Turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim, Pemangku Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, SAC Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Kuala Lumpur, SAC Dato’ Azman Ayob, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Tuan Kamaruzaman Abdullah dan SAC Hal Ehwal Pesara Polis, Jabatan Pengurusan, SAC Tuan Mohd Soaihami Rahim serta sebahagian warga kerja IPK Kuala Lumpur.