Menu

#PPN #COVID-19 #OP_BENTENG KERATAN AKHBAR PILIHAN: KONTRAKTOR JADI TEKONG DARAT BAWA PATI DITAHAN

Kuala Selangor, 7 November 2021 - Kerana terdesak mahukan keuntungan berlipat kali ganda, seorang kontraktor sanggup mengambil risiko dengan mengambil upah sebagai tekong darat untuk membawa 60 pendatang asing tanpa izin (PATI).

Lelaki berusia 37 tahun terbabit dikatakan menerima bayaran upah RM300 bagi setiap PATI yang dibawa masuk ke negara ini.

Bagaimanapun, kegiatan lelaki itu tumpas apabila dia dan 60 PATI ditahan dalam Op Benteng COVID dilakukan Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih di kawasan semak berdekatan Jalan Kampung Sungai Janggut, Jeram, dekat sini, kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 4, PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, pada mulanya, pihaknya melakukan pemantauan dan rondaan bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor pada jam 5 pagi.

Tuan Rizal berkata, kes disiasat mengikut Akta Anti Permerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan Akta Imigresen 1959/63.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS