Menu

KPN RASMI WEBINAR KOLABORASI PDRM, UUM TINGKAT KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA


Kuala Lumpur, 10 November 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani merasmikan webinar bertajuk “Tingkah Laku Tidak Selamat Dalam Pekerjaan” secara dalam talian melalui platform Webex di Bilik Mesyuarat KPN, di sini pagi tadi.

Program anjuran bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) itu bertujuan meningkatkan kefahaman dan pengetahuan warga Pasukan, khususnya berhubung keselamatan di tempat kerja.

Dalam ucapannya, KPN memaklumkan bahawa PDRM telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) bagi melindungi warga Pasukan, pekerja swasta dan para pelawat di premis-premis PDRM daripada sebarang bahaya yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan.

"Pematuhan dan pemahaman yang jelas kepada garis panduan bukan sahaja dapat mengurangkan risiko kemalangan, malah mampu memberi keselesaan serta motivasi kepada para pekerja untuk memberikan perkhidmatan dengan lebih efisien," tambah beliau.

Webinar yang berlangsung lebih 7 jam itu akan turut diisi dengan sesi ceramah, forum dan bengkel dengan menyentuh pelbagai aspek keselamatan dan penilaian terhadap kesihatan diri.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Menjalankan Fungsi Naib Canselor UUM, Profesor Dr. Haim Heilman Abdullah, barisan Pengarah PDRM, Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri, Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan UUM, Profesor Dr. Salniza Md. Salleh, para pensyarah serta pegawai kanan polis.

Jurugambar: Lans Koperal Shazril

May be an image of 2 people and indoor

May be an image of 5 people, people standing, people sitting and text that says 'UUM Univrs Perasmian WEBINAR TINGKAH LAKU TIDAK SELAMAT DALAM PEKERJAAN OLEH YDH IG DATO' SRI ACRYL SANI BIN HJ. ABDULLAH SANI NOVEMBE 2021 RABU KPN, TINGKAT3 BUKIT AMAN ANJURAN ANJURANBERSAMA A|PDRM TEROF MENARA MANAGEMEN (SOSCOE)'

May be an image of 3 people, people sitting, office and indoor

May be an image of 7 people, people standing, people sitting and indoor

May be an image of 1 person and text that says '一 @HAK ZAKARIM'

May be an image of 7 people, people sitting, people standing and indoor



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS