Sebanyak 8,162 kes penipuan e-dagang dengan kerugian berjumlah RM57.73 juta dilaporkan di seluruh negara sepanjang tahun ini hingga 31 Oktober lalu.
Pegawai Penyiasat Pelaburan Bersindiket atau Lain-lain Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), ASP Mohd Sa'adon Sabirin berkata, trend penipuan e-dagang dilaporkan terus meningkat jika dibandingkan pada 2018 dengan 3,318 kes membabitkan kerugian berjumlah RM22.39 juta.
"Keadaan bertambah teruk pada 2020 apabila pandemik Covid-19 melanda yang mana 5,848 kes penipuan e-dagang dilaporkan apabila lebih ramai orang membeli dalam talian.
Ikuti kupasan lanjut oleh ASP Mohd Sa’adon Sabirin berkenaan dengan jenayah penipuan e-dagang di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.