Kuala Lumpur, 13 November 2021 - Pendedahan Kosmo! mengenai nasib ratusan pembeli PlayStation 5 (PS5) yang masih tidak menerima tempahan alat permainan konsol itu daripada seorang 'wakil pernjual' nampaknya terus panas.
Semakin ramai pembeli alat permainan konsol itu yang didakwa terperdaya dengan janji manis seorang lelaki yang tinggal di utara tanah air telah tampil membuat laporan polis di seluruh negara.
Malah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) semalam, memberi jaminan akan memberkas suspek dalam masa terdekat bagi membantu siasatan kes penipuan tersebut.
Pengarah JSJK, CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din berkata, sehingga kini, pihaknya sudah menerima 26 laporan polis yang dibuat mangsa yang dipercayai terperdaya membeli PS5 daripada suspek terbabit.
"Pihak kami jangka lebih ramai mangsa akan tampil membuat laporan dalam masa terdekat ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenai pasti suspek. Insya-Allah kita akan tahan suspek dalam masa terdekat," ujar beliau.
Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo.