Petaling Jaya, 14 November 2021 - Sebanyak 44 kes kemalangan membabitkan bas dan van sekolah direkodkan di seluruh negara sejak 2017 sehingga Oktober lalu.
Daripada jumlah itu, sebanyak 15 individu dilaporkan maut manakala tiga lagi kes mengalami kecederaan parah diikuti 13 cedera ringan dalam tempoh sama.
Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, sebanyak 13 kes lagi yang dilaporkan tidak mengalami sebarang kerosakan mahupun kecederaan.
Kata beliau, kes tertinggi dilaporkan adalah pada 2018 iaitu sebanyak 15 kes direkodkan membabitkan lapan kematian diikuti sebanyak 14 kes dicatatkan pada 2017 dengan empat kematian.
"Kes membabitkan kemalangan membabitkan van dan bas sekolah mengalami penurunan apabila hanya sepuluh kes direkodkan pada 2019 diikuti lima kes dicatatkan tahun lalu.
"Bagi tahun ini pula, tiada kemalangan melibatkan pemandu van dan bas sekolah dilaporkan memandangkan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan sekolah ditutup dan murid-murid mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),” katanya di sini semalam.
Ikuti kupasan lanjut berkenaan kes kemalangan membabitkan pengusaha bas sekolah di keratan akhbar terbitan
Utusan Online.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN