Menu

TAN SRI ACRYL SANI DIKURNIA GELARAN DATUK SERI PANGLIMA

Kuala Kangsar, 14 November 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dikurnia Darjah Kebesaran Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.) yang membawa gelaran 'Datuk Seri Panglima' oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Magfur-Lah, pagi tadi.

KPN dikurniakan darjah kebesaran itu bersempena Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak sempena Hari Keputeraan ke-65 baginda di Istana Iskandariah, di sini.

Turut berangkat dalam istiadat tersebut ialah DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Dalam istiadat yang sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Razarudin Husain dan Ketua Polis Perak, CP Dato' Pahlawan Mior Faridalatrash Wahid pula dikurniakan Darjah Kebesaran Dato' Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.) yang membawa gelaran 'Dato' Pahlawan'.

Juga dikurnia darjah kebesaran yang sama ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Perak, SAC Dato' Pahlawan Anuar Othman.

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada KPN dan warga Pasukan yang dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Perak, pada tahun ini.

May be an image of 6 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 5 people, people standing and indoor

May be an image of 5 people, people standing and indoor


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS