Keldai akaun merupakan individu yang menyerahkan akaun bank miliknya kepada pihak lain dan kemudiannya digunakan untuk menerima atau memindahkan wang hasil jenayah yang dilakukan.
Keldai akaun boleh ditangkap dan didakwa di bawah undang-undang Malaysia.
Ikuti tips dan nasihat yang disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil sebagai panduan bagi mengelakkan diri daripada menjadi KELDAI AKAUN.
Ingat! Jangan serah, jual atau sewa kad ATM anda kepada, rakan, saudara atau pihak lain. Akaun anda mungkin digunakan untuk jenayah!