Menu

POSTING PILIHAN: PDRM JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN ORIENTEERING MAKSAK MALAYSIA 2021

Seri Iskandar, 21 November 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan jumlah mata terkumpul tertinggi dalam Kejohanan Orienteering Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia yang berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, di sini, semalam.

Kejohanan tersebut mempertandingkan empat kategori iaitu Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, Lelaki Veteran dan Wanita Veteran.

Sukan lasak yang bukan sahaja menguji stamina para peserta dan kemahiran membaca peta serta mengendalikan kompas itu turut menyaksikan Sarjan Muhamad Azmi Jusoh serta Koperal Rita Ghani berjaya mendominasi kategori Lelaki dan Wanita Veteran.

Tahniah dan syabas buat para atlet PDRM yang berjaya mengharumkan nama Pasukan. Semoga rekod kejuaraan ini terus dipertahankan di masa hadapan.

Sumber: Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 4 people, people standing and text

May be an image of 15 people, people standing and indoor

May be an image of 8 people, people standing and indoor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS