Petaling Jaya, 22 November 2021 - Tahap kesedaran masyarakat berkaitan penipuan dalam talian dilihat perlu penambahbaikan susulan jumlah kes yang direkodkan semakin meningkat.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din berkata, peningkatan itu dilihat menerusi jumlah kes yang direkodkan pada tahun ini berbanding beberapa tahun lalu.
"Sebanyak 17,537 kes berkaitan penipuan dalam talian membabitkan belian dalam talian, pinjaman tidak wujud, pelaburan, Macau Scam, African Scam dan Business Email Conpromise direkodkan membabitkan RM449 juta dilaporkan bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu.
"Jumlah itu meningkat 428 kes berbanding 17,109 kes yang direkodkan bagi tempoh sepanjang tahun lalu dengan kerugian RM509 juta.
"Jumlah kes yang direkodkan pada tahun ini (sehingga Oktober lalu) dijangka meningkat jika tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat tidak ditingkatkan," katanya.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.