Kuala Lumpur, 26 November 2021 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Ramli Hj. Din mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim bertempat di pejabat beliau dekat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.
Kunjungan hormat tersebut bersempena Lawatan Kerja Rasmi Pengarah JPJKK ke Kontinjen Kuala Lumpur.
Turut hadir, Timbalan KP Kuala Lumpur, DCP Dato’ Yahaya Othman, Timbalan Pengarah (Perancangan/Strategik) JPJKK Bukit Aman, DCP Dato’ Dr. Mustafa Khan Hj. Abdul Samat dan Ketua-ketua Jabatan Kontinjen Kuala Lumpur.