Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Dato' Osman Hj. Salleh yang meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar, Negeri Sembilan tengah hari tadi.
Allahyarham yang mencurahkan bakti selama 41 tahun dalam Pasukan, telah dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Perak pada tahun 2014 sebelum menjalani persaraan wajib pada tahun 2016 dengan pangkat Komisioner Polis.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Ainsdale, Labu, Negeri Sembilan petang ini.
Didoakan agar roh Allahyarham Dato' Osman Hj. Salleh dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman serta beramal soleh.