Menu

#BeSmartStayAlert [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: SINDIKET SASAR MANGSA WANITA

Kuala Lumpur, 3 Disember 2021 - Sindiket "Love Scam" menyasarkan wanita sebagai sasaran utama apabila jumlah mangsa dalam kalangan mereka Iebih tinggi berbanding mangsa lelaki.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din berkata, seramai 3,690 wanita dilaporkan menjadi mangsa sindiket berkenaan bagi tempoh 2019 hingga Oktober 2021.
Menurutnya, keadaan itu berbeza apabila hanya 703 mangsa terdiri daripada lelaki dalam tempoh sama.

Dato' Mohd Kamarudin berkata, pihaknya menerima 4,393 laporan berkaitan sindiket "Love Scam" membabitkan kerugian lebih RM181 juta di seluruh negara bagi tempoh 2019 hingga Oktober lalu.

"Sebagai langkah untuk membanteras kegiatan ini daripada terus berleluasa, pihak polis sentiasa melaksanakan serbuan dan tangkapan terhadap sindiket berkaitan "Love Scam".

"Dalam tempoh itu, kami melakukan 3,213 tangkapan dengan 2,031 pertuduhan dilakukan," katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 1 person and text that says 'Sindiket sasar mangsa wanita Lumpurs Sindi- keadaan Selepas meraih suspek mahu (bungkusan) kepada sebagai Din telefon Januari didakwa 1 meminjam sebenarnya mengabun FusI yang merugikan mereka.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS