Menu

[HEBAHAN] ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA: TAWARAN DISKAUN SAMAN TRAFIK SELAMA EMPAT HARI DI KLCC

Sempena sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia menawarkan kadar potongan 80 peratus bagi saman trafik yang dikeluarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bagi saman di luar kawasan yang dinyatakan, potongan sebanyak 70 peratus akan diberikan.

Tawaran diskaun saman ini hanya terpakai di kaunter Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 hingga 12 Disember 2021 bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang mengikut terma-terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Anda dinasihatkan agar mematuhi prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara demi menjamin keselamatan kesihatan anda semasa hadir mendapatkan potongan saman yang ditawarkan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS