Shah Alam, 6 Disember 2021 - Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang mematahkan sindiket penyeludupan rokok tidak bercukai menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Overseas Union, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.
Menerusi serbuan itu, PPM merampas 6,910 karton rokok pelbagai jenis bernilai RM759,434.88 termasuk cukai.
Komander PPM Wilayah Satu, ACP Tuan Shamsol Kassim berkata, sepasukan pegawai dan anggota PPM Pelabuhan Klang yang melaksanakan Op Kontraban membuat intipan terhadap Proton Persona di sekitar Telok Gong, Pelabuhan Klang jam 3.30 petang.
Beliau berkata, intipan dilakukan selepas kereta itu dikenal pasti terbabit aktiviti pengedaran rokok tidak bercukai di kawasan berkenaan.
"Pasukan mengekori kereta itu dari Telok Gong, Pelabuhan Klang ke sebuah rumah di Jalan Klang Lama. Selepas panggilan tidak bersahut, pasukan memanjat pagar dan memasuki rumah tidak berkunci itu dan suspek dipercayai melarikan diri melalui pintu belakang.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.