Menu

PIC OF THE DAY: TAHNIAH BUAT WAKIL TUNGGAL PDRM YANG DIANUGERAHKAN DIPLOMA KPSM DARI PUSPAHANAS

Tahniah diucapkan buat Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas dalam Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, DSP Hairulnizam Rashid kerana telah dianugerahkan Diploma Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 50/2021 oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Buang TUDM dalam majlis konvokesyen yang berlangsung di Auditorium Utama, Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya, pagi tadi.

DSP Hairulnizam Rashid merupakan satu-satunya pegawai PDRM yang menyertai kursus di pusat pertahanan berprestij itu bermula dari 4 Januari lalu bersama 165 peserta lain dari Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan juga para pegawai tentera dari seluruh dunia.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada DSP Hairulnizam! Semoga anugerah ini menjadi inspirasi buat seluruh warga Pasukan untuk menimba ilmu demi meningkatkan prestasi diri dan Pasukan.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#08122021

May be an image of 3 people and people standing

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS