Kuala Lumpur, 10 Disember 2021 - Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian buli membabitkan pelajar lelaki yang berlaku di sekolah berasrama di Perak.
Ketua Polis (KP) Perak, CP Dato' Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis mengesahkan kejadian itu berlaku di negeri ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
"Saya sahkan kejadian buli itu berlaku di negeri ini semalam dan kita baru sahaja menerima laporan mengenainya.
"Siasatan sudah dijalankan dan saya akan keluarkan kenyataan media nanti," katanya ketika dihubungi hari ini.