Kuala Lumpur, 14 Disember 2021 - Orang ramai boleh membayar kompaun saman trafik dengan tawaran diskaun hingga 80 peratus menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Maybank.
Mereka juga boleh membayar saman itu di Pejabat Pos, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh negara, selain melalui portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Tuan Sarifudin Mohd Salleh, berkata pembayaran saman berkenaan bagaimanapun tidak boleh dibuat menerusi sistem dalam talian Maybank.
Katanya, hasil pemantauan di kaunter bayaran saman trafik di ibu negara semalam mendapati tiada kesesakan luar biasa dilaporkan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.