Menu

[POSTING PILIHAN] INFO TRAFIK: MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT SEMASA MEMANDU BOLEH DIHADAPKAN KE MAHKAMAH

Penggunaan telefon bimbit semasa menunggang atau memandu kenderaan merupakan antara penyumbang berlakunya kemalangan jalan raya di negara ini.

Dan tahukah anda, kesalahan di bawah kaedah 17A, LN166/59 adalah dikategorikan sebagai saman tidak boleh dikompaun dan perlu diselesaikan di mahkamah?

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan sehingga RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan. Sekiranya ia adalah sabitan kali kedua, hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

May be a cartoon of 1 person and car
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS