Kuala Lumpur, 24 Disember 2021 - Angka korban banjir di Selangor, Pahang dan Kelantan, mencecah 41 orang, termasuk dua kanak-kanak lelaki, setakat jam 8 pagi tadi.
Selain dua kanak-kanak, seramai 26 lelaki dewasa dan 13 wanita dewasa dilaporkan meninggal dunia akibat banjir di tiga negeri berkenaan.
Jumlah yang hilang pula mencatatkan seramai lapan orang, iaitu tujuh lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak, semuanya di Pahang.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, daripada 41 kes dilaporkan, 25 kematian dilaporkan di Selangor, 15 kematian di Pahang dan satu lagi kematian di Kelantan.
"Daripada 25 jumlah kematian direkodkan di Selangor, 17 kes membabitkan lelaki dewasa, manakala lapan lagi kes terdiri daripada wanita dewasa.