Menu

#OPBENTENG KERATAN AKHBAR PILIHAN: SEMPADAN TETAP DIJAGA KETAT

Shah Alam, 25 Disember 2021 - Banjir yang melanda tujuh negeri termasuk Selangor tidak pernah sesekali membuatkan kawalan di sempadan longgar tanpa sebarang pengawasan pihak berkuasa.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, penguatkuasaan terus dipertingkatkan bagi mengelakkan wujudnya sindiket-sindiket tertentu mengambil kesempatan ketika tumpuan difokuskan kepada bantuan dan pengurusan mangsa banjir.

Katanya, pemantauan dan kawalan lokasi pendaratan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Kuala Langat sehingga Sabak Bernam tetap menjadi fokus.

"Ini termasuk lorong-lorong tikus yang dianggarkan 61 kesemua berada di Selangor. Rondaan penugasan tetap dijalankan walaupun ketika ini dua buah pos iaitu Pos Tok Muda dan Assam Jawa dinaiki air banjir.

"Bantuan mangsa banjir ada juga dilakukan PGA Batalion 4, namun kami tetap setia memastikan sempadan negara bebas daripada sebarang cubaan kemasukan PATI," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text that says 'Sempadan tetap dijaga ketat SHAH ALAM Banjir yang me- datang asing tanpa izin (PATI) Angkatan Tentera, Jeneral Tan tujuh termasuk Langse Sabak Affendi dalam sidang Selangor kelmarin longgar tanpa sebarang termasuk Pasukan Batalion kese- tetap meneruskan kedaulatar PENGUATKUASAAN mengelakkancubaan GAMBARHIASAN GAMBAR dijalankan pos Bantuan sempadan. tumpuan ditokuskan bantuan dan pengurusan Batalion keadaan sungal meningkat tidak pemantauan dan kawalan lokasi pendaratan pen- cubaan katanya apabila gelomnbang (om- Sementara itu, Panglima berani masuk dengan bot- kecil, ujarnya.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS