Menu

ARTIKEL PILIHAN: PERSEDIAAN HADAPI ANCAMAN KEGANASAN, BENCANA – PENGARAH JABATAN KDNKA

Kinabatangan, 29 Disember 2021 – Latihamal 'Latika Andaian Sabah 2021' diadakan bagi memantapkan lagi pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di setiap daerah di negeri ini sebagai persediaan berdepan sebarang kemungkinan di masa hadapan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Hazani Ghazali berkata, ia bukan saja membabitkan krisis keganasan tetapi juga pemantapan pengurusan bencana alam.

Katanya, sepanjang latihan selama dua hari itu, setiap Ketua Polis Daerah di negeri ini diberikan ilmu dan pengetahuan sepenuhnya yang difikirkan bersesuaian.

"Dalam Majlis Keselamatan Negara 20 (MKN20), setiap ketua polis daerah adalah ketua operasi di lapangan setiap kali berlaku bencana.

"Merekalah yang berkuasa untuk mengatur pengoperasian pelbagai agensi berdepan krisis keganasan ataupun bencana," katanya ketika ditemui selepas selesai Latihamal di kawasan ladang Melangking, Sukau, di sini, semalam.

Hadir sama dalam latihamal tersebut adalah Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato’ Idris Abdullah, Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan) Bukit Aman, CP Datuk Mastor Mohd Ariff, Ketua Penolong Pengarah E1 Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Dato’ Samsudin Basir, barisan komander serta warga kerja PDRM.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.hmetro.com.my/.../persediaan-hadapi-ancaman...
Sumber: Harian Metro

May be an image of 5 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 4 people and outdoors

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 11 people and people standing

May be an image of 7 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 9 people, military uniform and outdoors

May be an image of 13 people, people standing and outdoors

May be an image of outdoors

May be an image of 4 people and outdoors

May be an image of aircraft and outdoors


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS