Hulu Langat, 30 Disember 2021 - Anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus bersemangat menggembleng tenaga dalam kerja-kerja pasca banjir walaupun terpaksa bekerja tanpa henti dan hampir seminggu tidak pulang ke rumah.
Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, ACP Tuan Rosman Kasman berkata, seramai 268 anggota serta pegawai pasukan tersebut dikerahkan untuk membantu mangsa banjir di beberapa kawasan terjejas di Selangor.
"Mereka bekerja bersungguh-sungguh, tidak mengeluh dan rela bekerja lebih masa untuk membantu mangsa-mangsa terjejas. Awal-awal pagi sudah bersedia untuk bergerak ke tempat banjir.
"Hari ini sudah masuk hari keenam kami di sini tidak pulang ke rumah. "Kami semua terus membantu tanpa berkira," katanya ketika ditemui di Surau Al Munir, Taman Sri Nanding, di sini pada Rabu.
Sementara itu, pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor bersama badan bukan kerajaan turut tidak ketinggalan dalam membantu membersihkan kawasan yang dilanda banjir di Selangor.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.