Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: JANGAN ANJUR PARTI LIAR

Petaling Jaya, 31 Disember 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran terhadap pemilik restoran atau 'bar' untuk tidak menyalahgunakan lesen bagi menganjurkan parti liar terutamanya menjelang sambutan malam Tahun Baharu 2022.

Susulan itu, Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan melakukan operasi besar-besaran bagi menjejaki premis-premis yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Penolong Pengarah D7, SAC Tuan Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pihaknya mengesan terdapat premis yang mempunyai kebenaran beroperasi bagi perniagaan makanan dan minuman namun sebaliknya menawarkan penganjuran parti liar.

Menurut beliau, mana-mana premis yang menyalahgunakan kebenaran tersebut boleh dibatalkan lesen oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Selain itu, ada juga premis hiburan yang kita pernah serbu dan kompaun pemilik premis namun masih berdegil beroperasi.

"Pihak D7 akan melakukan pemantauan terhadap premis-premis ini dengan operasi-operasi di lokasi-lokasi panas sempena sambutan tahun baharu," katanya.

Dalam pada itu, SAC Tuan Mohamad Noor memberitahu, selain premis makanan atau restoran, pihaknya turut mengenal pasti penganjuran parti liar di kediaman mewah dan kelab-kelab persendirian.

Beliau berkata, pihaknya mendapati kebanyakan penganjur menyewa premis tersebut bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

"Jadi kita minta pemilik premis ini jangan sembarangan sewakan kepada pihak tertentu kerana mereka juga boleh diambil tindakan," jelas beliau.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.

May be an image of 1 person and text that says 'Jangan anjur parti liar NURAINA HANIS ABD. JAYA: Polis Diraja memoe premis- MOHAMAD NOOR YUSOF ALI serbuar melibatkan (148); Pahang Menurut Sa melakukan tahun dan berkata,. sindiket oleh kenamaan bergelar sindiket pemilik pihaknya Mohamad membuat tang- pernotelan perkapalan pengedaran negara.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS