Menu

#OPBANJIR ARTIKEL PILIHAN: BALAI POLIS BERGERAK MUDAHKAN MANGSA BANJIR BUAT LAPORAN

Shah Alam, 31 Disember 2021 - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menyediakan dua bas dijadikan balai polis bergerak yang ditempatkan di lapan lokasi secara penggiliran bermula semalam hingga 12 Januari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Tuan Baharudin Mat Taib berkata, ia bagi memudahkan orang awam membuat laporan berkaitan banjir tanpa perlu hadir ke balai polis.

Beliau berkata balai bergerak akan beroperasi jam 8.30 pagi hingga 11.30 malam, justeru orang awam boleh membuat laporan masing-masing di kemudahan yang disediakan.

Kemudahan akan ditempatkan di Flat Valencia pada jam 8.30 hingga 11.30 pagi, Flat Mediterranean (12.30 tengah hari hingga 3.30 petang), Apartment Aurora (4.30 petang hingga 7.30 malam), Pangsapuri Damai (8.30 malam hingga 11.30 malam), GT Max Kedai Motosikal Seksyen 25 (8.30 pagi hingga 11.30 pagi).

Bank Simpanan Nasional Seksyen 25 (12.30 tengah hari hingga 3.30 petang), Public Bank Seksyen 25 (4.30 petang hingga 7.30 malam) dan Petron Seksyen 25 (8.30 malam hingga 11.30 malam).

Dalam pada itu, Tuan Baharudin memaklumkan dua Mobile Patrol Vehicle (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) juga akan digerakkan khusus di kawasan Seksyen 25 bagi memudahkan mangsa yang tidak mempunyai kenderaan untuk membuat laporan polis.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../balai-polis-bergerak...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS