Menu

#OPBANJIR POSTING PILIHAN: SERAMAI 149 MANGSA BANJIR DITEMPATKAN DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA

Dungun, 31 Disember 2021 - Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan Kampung Pasir Raja di Hulu Dungun kembali dinaiki air.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sehingga jam 4.00 petang semalam, seramai 149 orang penduduk daripada 49 buah keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia turut sama membantu Polis Diraja Malaysia memindahkan para penduduk yang terjejas akibat bencana tersebut.

Selain itu, Markas Taktikal di Kampung Jongok Batu telah diwujudkan dan beroperasi sepanjang 24 jam sehari bagi memudahkan urusan pemindahan penduduk.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS