Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: AMANITA IPD LIPIS BANTU ANAK BEKAS “HOME GUARD”

Lipis, 8 Januari 2022 – Aman Wanita (AMANITA) atau “Peace Lady” Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis telah menyumbangkan set pakaian seragam dan beg sekolah kepada tiga orang anak bekas “home guard” era Darurat 1948, Encik Kamarudin Li, 82, dari Kampung Tanjung Buluh dalam satu majlis di IPD Lipis, Kuala Lipis, Pahang baru-baru ini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor kepada tiga orang anak Encik Kamarudin iaitu Siti Nor Restu,17, Siti Hajar, 15 dan Siti Hawa, 14 yang kini sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerambit, Lipis.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Lipis, DSP Idros Ismail dan Ketua AMANITA, Inspektor Dhiya Abu Hassin.

Sumber: Utusan Online

May be an image of 6 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS