Menu

VIDEO PILIHAN: UTK MILIKI PUSAT LATIHAN SENDIRI SELEPAS 47 TAHUN

Hulu Langat, 10 Januari 2022 - Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia bakal memiliki kompleks pejabat dan pusat latihan sendiri di Kem Batalion 4, Pasukan Gerakan Am, Semenyih selepas 47 tahun penubuhannya sejak 1 Januari 1975.

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, berkata projek pembinaan kemudahan canggih bernilai RM157 juta yang dibuat secara tender terbuka itu akan disiapkan dalam masa 176 minggu iaitu pada 18 Mei 2024.

Beliau berkata, pembinaan projek berkenaan di tapak seluas 24 hektar itu sepatutnya bermula pada Ogos 2021 namun ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Projek ini membolehkan pegawai dan anggota UTK mempunyai pusat latihan yang canggih sekali gus mempertingkatkan kualiti kerja pasukan pada masa depan.

"Sebelum ini kita gunakan kemudahan dengan kerjasama unit-unit lain dan tiada yang khusus untuk UTK. Sebab itu kita kena buat sebaik mungkin kerana pengkhususan harus diberikan kepada UTK," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pejabat dan Pusat Latihan Unit Tindakhas PDRM, di sini hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../utk-miliki-pusat-latihan...

Sumber: Berita Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS