Menu

#PPN #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: DUA JABATAN PDRM DIARAH SIASAT SINDIKET SIJIL PALSU VAKSIN COVID-19

Kuala Lumpur, 13 Januari 2022 - Dua Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarahkan untuk menyiasat dan membongkar kegiatan sindiket penjualan sijil palsu vaksinasi COVID-19 di seluruh negara, termasuk dalam kalangan pengamal perubatan.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah diarahkan untuk melakukan risikan bagi mengesan pihak yang terbabit dalam kegiatan itu.

"Saya telah mengarahkan ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) kontinjen negeri melalui Pengarah JSJ, CP Dato’ Sri Abd. Jalil Hassan dan Pengarah JSJK, CP Dato’ Mohd Kamarudin Md Din untuk menjalankan risikan.

"Risikan berkenaan adalah untuk mengesan sama ada terdapat lagi perkara sama (kes penjualan sijil vaksinasi palsu) berlaku di tempat-tempat lain," katanya.

Tan Sri Acryl Sani berkata, PDRM memandang serius kegiatan menjual sijil palsu vaksinasi COVID-19 kerana ia boleh menjejaskan imej negara, keselamatan dan kesihatan rakyat jika tidak dihalang segera.

Bacaan lanjut berkenaan usaha yang dijalankan oleh PDRM bagi membenteras kegiatan sindiket penjualan sijil palsu vaksinasi COVID-19 di keratan akhbar terbitan Berita Harian Online seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'Affendy Razali Dua jabatan PDRM diarah siasat sindiket sijil palsu vaksin COVID-19 Risikan berkenaan adalah untuk mengesan samaad Abdullah Penparah Tan Sri Siasatam vaksinasi ditempat-tempat Acryls lain,' Nasional Dari Muka 'Kegiatan halang usaha kerajaan kawal penularan COVID-19 vaksin palsu dipromosil talian kepada Acryl Sani berkata, PDRM Aman, Datuk men boleh dengan maklumkan membeli selepas mendapat aduan perubatan Sahtul untuk dire- me Ke Ke korana melakukan suntikan selama dengan jami- me- Sani Tereng- Lumpur kerajaan ditahan enam individu Bukit suntikan Dalam kerajaan untuk tempoh berkenaan, Difahamkan, ួាមាជជាតិត memben- sijil antara tdnk Kelmarin, Pengarah lebih berkata doktor belaki berkenaan படளவ semua'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS