Menu

#OPBANJIR MDN TINJAU SITUASI PASCA BANJIR DI SEGAMAT, PERUNTUK RM250 RIBU BAIK PULIH GALERI DARURAT BUKIT KEPONG

Segamat, 14 Januari 2022 – Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin meninjau situasi terkini pasca banjir di sekitar daerah ini dalam lawatan rasminya pagi tadi.
 
Beliau yang diiringi Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz telah melawat ke Galeri Darurat Bukit Kepong yang merupakan antara kawasan terjejas teruk akibat bencana itu.

Sejurus selesai, delegasi kemudiannya ke Dewan Perdana, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Segamat yang dijadikan Markas Taktikal Op Banjir Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengetahui situasi dan tindakan terkini yang dibuat oleh PDRM bersama lain-lain pasukan sukarelawan dalam sesi taklimat yang disampaikan oleh Komander Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am, SAC Tuan Muhammad Abdul Halim serta Ketua Polis Daerah (KPD) Segamat, Superintendan Bahrin Mohd Noh.

Dalam sidang media yang diadakan selepas itu, Dato' Seri Hamzah memaklumkan KDN bersetuju memberikan peruntukan berjumlah RM250,000 kepada PDRM untuk membaik pulih infrastruktur Galeri Darurat Bukit Kepong bagi memastikan keselamatan dan koleksi barang pameran kekal terpelihara.

Dalam lawatan sama, Dato’ Seri Hamzah juga berkesempatan menyerahkan sumbangan barangan keperluan kepada warga PDRM di daerah tersebut yang terkesan akibat banjir.

Tidak ketinggalan juga memberikan sumbangan adalah Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merangkap Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar kepada KPD Segamat untuk disalurkan buat mangsa-mangsa banjir bagi meringankan beban kerosakan harta benda yang terpaksa ditanggung oleh mereka.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Hazani Ghazali, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass, Pemangku Ketua Polis Johor, DCP Dato' Khaw Kok Chin, Komander Unit Tindakhas, SAC Dato’ Mohd Khairi Khairudin, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Kepong, Dato’ Dr. Sahruddin Hj. Jamal dan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, SAC Tuan Mohd Sukri Kaman.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin, Koperal Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Lans Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Abidin.

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 6 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people and body of water

May be an image of road

May be an image of 3 people, outdoors and text that says 'SANI POLIS'

May be an image of 4 people, people standing, outdoors and text that says 'HAMZAH SELAMAT POLIS POLIS'

May be an image of 5 people, people standing and text that says 'SELAMAT POLIS'

May be an image of 6 people, body of water and nature

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 8 people and military uniform

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 3 people, people standing, people sitting and indoor

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 3 people and people standing
 
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS