Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS JOHOR TAHAN TIGA PEKERJA KLINIK SWASTA DAN LIMA PEMBELI SIJIL VAKSIN PALSU

Johor Bahru, 20 Januari 2022 - Polis Johor menahan tiga pekerja sebuah klinik swasta bersama lima pembeli, selepas disyaki terbabit dalam kegiatan sijil vaksinasi COVID-19 palsu, dalam gerakan pada Isnin lalu dan kelmarin.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, penahanan mereka dibuat susulan laporan pemilik klinik berkenaan pada jam 10.53 malam, Ahad lalu.

Beliau berkata, pemilik klinik terbabit tidak bersetuju dengan aktiviti penjualan sijil digital vaksin tanpa suntikan oleh pekerjanya, yang dipercayai dibuat sejak sebulan lalu.

"Bertindak atas maklumat pengadu, polis menahan lapan suspek di sekitar bandar raya ini, membabitkan tiga pekerja klinik dan lima lagi pembeli sijil digital vaksin yang tidak mengambil suntikan vaksin COVID-19.

"Semua suspek berusia antara 24 hingga 42 tahun. Polis turut merampas lapan unit telefon bimbit milik suspek, termasuk pembeli, yang mengandungi imej sijil digital vaksin tidak sah, komputer dipercayai digunakan untuk mendaftarkan butiran penerima sijil vaksinasi digital palsu dalam MySejahtera dan komunikasi perbualan antara kakitangan klinik dan pembeli itu.

"Semua barangan rampasan akan dianalisa bagi mengenal pasti individu yang didaftarkan menerima sijil vaksin palsu dalam MySejahtera tanpa menerima suntikan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 10 people, people sitting, people standing and text that says 'Tiga pekerja klinik swasta, lima pembeli kena tahan Polis tahan tiga lagi pekerja klinik swasta, Semua suspek lima pembeli disyaki terbabit penipuan disyaki terbabit sijil vaksin COVID-19 kegiatan sijil Nasional vaksinasi COVID-19 palsu Mohamed Farid Noh, Fuad B6 Bahru: Polis B7 klinik Suspek yang ditahan berkaitan sindiket penjualan sijil waksin palsu di Johor, mengandungi digital (Foto Aisyah Mazalan/BH) individu barangan golongan diperoleh tahun Polis Timbalan milik suspek, idaftarkan MySe- operandi adalah kaki- ditahan kelmarin direman semalam.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS