Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: SINDIKET TAWAR KERJA TIDAK WUJUD, DUIT HABIS KERJA TIADA

Kuala Lumpur, 25 Januari 2022 - Peluang dan skop kerja ditawarkan terlalu mudah selain pencari kerja ditawarkan komisen dan gaji bulanan tinggi tidak munasabah mencecah lima angka sebulan dengan hanya membeli produk ditawarkan.

Malah, 'majikan' yang menjanjikan peluang pekerjaan tidak wujud itu dikesan menggunakan platform e-dagang untuk memperdaya ribuan belia dan graduan seluruh negara yang terdesak sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

Taktik baharu dikesan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) apabila pihaknya menerima banyak laporan menggunakan modus operandi tawaran kerja tidak wujud sejak awal tahun lalu.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJK Bukit Aman, SAC Tuan Willey Anak Richard berkata, pihaknya menerima 225 laporan berkaitan sindiket penipuan pekerjaan menggunakan nama dua platform e-dagang popular iaitu Shopee dan Lazada membabitkan kerugian RM4.6 juta bagi tempoh 2019 hingga Oktober tahun lalu.

"Semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami dapati terdapat trend peningkatan kes penipuan tawar pekerjaan menerusi platform e-dagang.

"Ini kerana sindiket penipuan semakin licik menyasarkan individu terdesak mahu mendapatkan wang," katanya.

Tuan Willey berkata, berdasarkan serbuan dilakukan pihaknya sebelum ini, polis mengesan pusat panggilan diwujudkan untuk menjalankan kegiatan penipuan berkenaan.

"Modus operandi sindiket ini menghubungi mangsa menerusi mesej di aplikasi WhatsApp atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya menawarkan pekerjaan sambilan dengan pendapatan antara RM200 hingga RM500 sehari.

"Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu tidak perlu pergi ke pejabat sebaliknya diminta menyertai kumpulan sembang WhatsApp untuk diberikan taklimat skop kerja mereka. Mangsa diberi pautan produk yang perlu dibeli menerusi platform e-dagang itu," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'EKSKLUSIF M Tabn Metro SEBENAR RASAI BERITA SINDIKET TAWAR KERJA TIDAK DUIT HABIS KERJA TIADA Tawaran sehingga angka umayan dengan melakukan tugas mudah membeli produk nenjadi modus perandi sindiket penipuan yang menjadikan mencari peker sebagai sasaran.Ragimeyakinkanmangsa mangsa sindikef menggunakan plafform agimeyakinkan -dagang erkenal Ihingga menyebabkan kerugian jutaan ringgit sedangkan kerja dijanjil tidak wujud. NurulHidayah Bahaudin'

May be an image of 1 person and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS