Menu

POSTING PILIHAN: ESSCOM KELUAR SENARAI 20 SUSPEK DIKEHENDAKI TERBABIT KES PENCULIKAN ESSZONE

Lahad Datu, 27 Januari 2022 - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) hari ini mengeluarkan senarai terkini 20 individu warga Filipina yang dikehendaki kerana terbabit dalam kes penculikan untuk wang tebusan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Komander Eastern Command (KEC), DCP Tuan Hj. Hamzah Hj. Ahmad berkata, senarai yang dikemas kini itu melibatkan seorang suspek baharu iaitu Majdid Said @ Ammah Pattit, yang merupakan ketua paling kanan Daulah Islamiah Sulu Based.

Beliau berkata, Majdid yang berperanan sebagai Komander Kumpulan Abu Sayyaf Sulu, adalah pemimpin kanan yang bakal menggantikan ketua kumpulan itu Hatib Hajan Sawadjaan.

Sementara itu, antara suspek yang kekal dalam senarai tersebut adalah Mudzrimar @ Mundi Sawadjaan, yang juga pemimpin kanan kumpulan Abu Sayyaf dan memiliki kepakaran menghasilkan bom.

“Mudzrimar adalah perancang letupan bagi beberapa insiden di Jolo, Filipina pada 2020,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu dikehendaki itu, agar menghubungi Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau menyalurkan maklumat menerusi aplikasi Whatsapp di 011-63311072.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: Eastern Sabah Security Command dan BERNAMA

May be an image of 20 people and text that says 'DIKEHENDAKI BAGI MEMBANTU SIASATAN KES KES JENAYAH DI ESSZONE MADJID @AMAH PATTIT MUDZRIMAR @ SAWADJAAN SALIP MURA AL MUNJIR YADAH TATOH QUIRINO BASARON AROK MUJIMAR SAWADJAAN @RASAD AHADIN HUSSEIN ELLAM SAJIRIN NASIRIN ISMURAN MARAJAN@ MANAJAN ASÍRI JUL AKSAN BDURAJAN @ HALIMAW JUL JU@JUN HASAN BARAK UNDOG ALVIN HAMSAN BLACK COBRA SABRI MADRASUL SALIP HADJI WAHAD TALIP TAMPI BUNJU HAIBIN MUBIN APO KUHAMBO ESSCOM Eastern Sabah Security Command SANGBAS PARISKO @esscomsabah BILIK GERAKAN PUSOP (24JAM) 089- 863181 � 011 6331 1072 JANUARI 2022 (JUM 20 20/5B)'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS