Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: INAP DESA JADI 'TRANSIT' SELUDUP PATI DILUMPUHKAN POLIS

Pasir Mas, 30 Januari 2022 - Polis berjaya melumpuhkan aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menjadikan inap desa sebagai 'transit' selepas menahan dua lelaki di Kampung Repek di sini, pada Sabtu.

Kedua-dua suspek ditahan semasa menaiki sebuah kereta Proton Waja dalam keadaan mencurigakan pada jam 12.10 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Tuan Mohd Nasaruddin M. Nasir berkata, susulan penahanan dua suspek berusia 22 dan 24 tahun itu membawa kepada tangkapan 24 orang PATI warga Myanmar pada jam 1.20 pagi.

"Kesemua PATI itu ditangkap selepas 'disorok' di sebuah inap desa di Kampung Cherang Hangus di sini. Hasil pemeriksaan yang dilakukan kami mendapati PATI Myanmar itu terdiri daripada 18 lelaki dan enam wanita," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, hasil soal siasat awal, kedua-dua tekong darat itu mengaku terlibat aktiviti tersebut.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS