Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: IBU BAPA BAGI 'LAMPU HIJAU'

Shah Alam, 31 Januari 2022 - Sejak beberapa tahun lalu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) telah menerbitkan beberapa kertas kerja mengenai kadar kematian dan kemalangan motosikal yang tinggi melibatkan remaja dan kanak-kanak.
Dalam satu kertas penyelidikan yang diterbitkan pada 2018 bertajuk 'Mengenal pasti faktor tingkah laku di kalangan peunggang motosikal muda', para penyelidik mendapati bahawa ibu bapa di kawasan luar bandar (57.6 peratus) dan bandar (42.4 peratus) tiada masalah untuk membenarkan anak mereka menunggang motosikal saban hari walaupun mereka tidak memiliki lesen menunggang atau di bawah umur.

Kajian Miros itu dijalankan di kawasan yang mencatatkan kadar kematian jalan raya tahunan tertinggi di selatan, timur, utara dan tengah semenanjung.

Seramai 921 pelajar sekolah menengah telah menyertai kajian itu dari umur 15 hingga 18 tahun dari 32 sekolah di Kajang, Kuala Selangor, Kuantan, Rompin, Ipoh, Manjung, Johor Bahru dan Batu Pahat.

Kebanyakan mereka adalah penunggang tidak berlesen (62.4 peratus), dengan kapasiti enjin di bawah 250cc (95.1 peratus) dan mempunyai pengalaman menunggang motosikal ke sekolah (82.4 peratus).

Daripada tinjauan Miros, ia mendedahkan 9 daripada 10 remaja mengaku telah mula menunggang motosikal sebelum mencecah usia 16 tahun (umur minimum layak menduduki ujian lesen menunggang) dengan 54.5 peratus adalah mereka di bandar kecil atau luar bandar dan 45.4 peratus di bandar dan pinggir bandar.

Kajian itu juga mendedahkan bahawa 26.7 peratus responden mula menunggang motosikal ketika di darjah enam dan diikuti oleh 18.5 peratus responden pada usia 13 tahun.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian di lampiran.

May be an image of 2 people, people standing and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS