Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: EMPAT JABATAN PDRM GEMPUR KEGIATAN JUDI DALAM TALIAN – TIMBALAN KPN

Kuala Lumpur, 3 Februari 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menggerakkan empat jabatannya untuk memerangi dan menggempur semua bentuk kegiatan perjudian, termasuk sindiket perjudian dalam talian atau judi online.

Ia membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) serta Cawangan Khas.

Ketika ini, tugas membanteras kegiatan perjudian adalah di bawah bidang kuasa Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) JSJ.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Razarudin Husain, berkata langkah ini adalah satu komitmen serius PDRM dalam membanteras semua bentuk elemen perjudian di negara ini, khususnya perjudian dalam talian.

Arahan sudah dikeluarkan dan saya sudah maklumkan kepada semua peringkat sama ada di Bukit Aman, peringkat kontinjen negeri, daerah dan balai polis supaya semua elemen di lapangan seperti JPJKK yang sentiasa berhubung rapat dengan masyarakat setempat, mengumpulkan maklumat mengenai kewujudan sebarang aktiviti perjudian untuk tindakan lanjut.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Empat jabatan PDRM gempur kegiatan judi dalam talian Oleh Safeek Affendy Razali safeek@bh.com.my Lumpur: Polis (PDRM) membabitkan Jabatan Sia- Ma- Kongsi Gelap Jabatan untuk Maksiat adala online. negara snya perjudian khusu- Dari Muka1 tugas erjudian bidang Jenayah Perjudian. Nasional Prestasi pegawai, anggota bertugas di D7, JSJ dinilai cara 'Arahan udah dikeluarkan maklumat tiga kata- mengge mengkaji yang dan D7. jndi tanggungjawab dari dalam sebuah premis perjudian dalam talian sindiket perjudian tingkat mengumpul terhadap di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur. penjara kegiatan perjudians Mat dengan Maimun SURET mah- satu, Jenayah 1959, yang Dalam je- di- ditahan polis plie mendapati'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS