Kuala Lumpur, 9 Februari 2022 - Pemandu yang terbabit dalam kemalangan sehingga mengakibatkan anggota polis cedera di sekatan jalan raya, didakwa di Mahkamah Petaling Jaya, hari ini.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Tuan A. A. Anbalagan, berkata kes berkenaan dirujuk kepada Penolong Pendakwa Raya pada jam 2 petang semalam dan mendapat arahan supaya dituduh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
"Pertuduhan terhadap orang kena tahan (OKT) dibuat di Mahkamah Petaling Jaya hari ini," katanya ringkas.
Sabtu lalu, seorang anggota polis sedang bertugas di sekatan jalan raya di jalan Seri Kembangan menghala ke pekan Seri Kembangan patah kaki kanan selain cedera kepala dan kedua-dua tangan selepas dirempuh kereta.
Mangsa, Lans Koperal Meor Mohd Asri menerima enam jahitan pada bahagian belakang kepala akibat kejadian terbabit.