Menu

POSTING PILIHAN: KPN ADAKAN LAWATAN KE UKM BERSEMPENA TAKLIMAT PEMBINAAN WAD PDRM DI HCTM

Kajang, 11 Februari 2022 - Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani semalam mengadakan lawatan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersempena sesi taklimat oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Mohd Ekhwan Toriman untuk mewujudkan Wad Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) di Dewan Senat UKM, Bangi di sini.

Wad PDRM @ HCTM yang dirancang sejak tahun lalu itu dijadualkan siap sepenuhnya pada bulan Januari 2023 dengan kos anggaran sebanyak RM6.3 juta. Ia bakal dilengkapi dengan lima buah bilik rawatan, 11 wad terbuka, ruang menunggu dan sokongan klinikal.

Menerusi kerjasama PDRM dengan UKM tersebut, usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan dan kebajikan warga Pasukan akan lebih terjamin disamping memberi keselesaan sepanjang proses rawatan berlangsung. Berdasarkan perancangan juga, Wad PDRM itu mampu menjadi platform perbincangan bersama lain-lain hospital pembelajaran dalam negara seperti Hospital Pembelajaran Universiti Putra Malaysia di Serdang, Selangor dan Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan.

Hadir sama, Pengarah Pengurusan,CP Dato’ Zaini Jass, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman, DCP Datuk Mazli Mazlan, Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan, Cawangan Khas, Bukit Aman, DCP Tuan Ahmad Ramdzan Daud, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Tuan Ruslan Khalid, serta Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Tuan Mohd Zaid Hassan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS