Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PENGHANTAR E-HAILING PALING RAMAI TERLIBAT KEMALANGAN SEMATA-MATA MENGEJAR ‘TRIP’

Kuala Lumpur, 12 Februari 2022 - Keghairahan untuk berlumba-lumba mengejar 'trip' selain sikap tidak sabar menjadi antara faktor ramai penunggang motosikal terutama penghantar perkhidmatan e-hailing sanggup bergadai nyawa dengan sesuka hati melanggar lampu isyarat merah.

Tindakan tersebut yang telah menjadi 'trend' sejak kebelakangan ini bukan hanya membahayakan nyawa penunggang itu sendiri, malah turut mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Lebih membimbangkan apabila statistik tahun lalu menunjukkan sebanyak 28,649 saman telah dikeluarkan terhadap penunggang motosikal yang melanggar lampu isyarat.

Rekod kematian pula mencatat seramai 3,493 penunggang motosikal di seluruh negara dengan sebahagian besarnya berpunca daripada perbuatan melanggar lampu isyarat.

Mengulas lanjut mengenai situasi itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr. Bakri Hj. Zainal Abidin berkata, pelanggaran lampu isyarat kebanyakannya adalah melibatkan penghantar makanan dan barangan.

"Saya tidak nafikan perkara ini, kalau dahulu mungkin kes sebegini dianggap terpencil, namun sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita dapati fenomena pembelian makanan dan barangan secara 'online' telah menyebabkan permintaan kepada penghantar makanan dan barangan bertambah.

"Tambahan pula apabila ramai yang kehilangan kerja dan telah beralih kepada bidang penghantaran e-hailing ini" katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text that says 'BERGADAI NYAWA DI LAMPU ISYARAT TINDAKAN melanggar lampu isyarat bukan hanyamembahayakan enunggang, ,tetapi turut merisikokan pengguna yang in Penghantar e-hailing paling ramai terlibat kemalangan semata-r mengejar trip' LAPORAN PENUH DI MUKA'

May be an image of 1 person and text that says 'LUMPUR Keghairahan Ramai penghantar e-hailing gadai nyawa, sanggup langgar lampu isyarat merah Masing-masing berebut kejar trip' Oleh AZIHAN GHAZALI belakangan dilihat melalui mana penghantar nyawa melanggar 28,649 terhadap lampu isyarat seluruh melanggar me- dari- wang jukka 'Namun motosikal pe- (JSPT) Bakri paling motosikal sebahagian penghantar -hailing perkara menyebabkan mereka sejumlah terpencil, 'Berdasarkan dijalankan, Kawalan kita melakukan seluruhn Siasatan rata-rata syarikat sebaliknya lambat. kepada penghantar mengenai kepentingan tertinggi saman melibatkan 4,276), (2.989), Lumpur( penghantar e-hailing sejak ke- ujuh individu,' ujarnya.'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS