Menu

KEJOHANAN PING PONG PIALA KPN 2022: KEHEBATAN PASUKAN BUKIT AMAN SUKAR DITANDINGI PIHAK LAWAN

 
Kuala Lumpur, 13 Februari 2022 - Kejayaan penuh bermakna buat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman apabila muncul juara berpasukan lelaki dan wanita selepas mengenepikan 14 pasukan lain dalam Kejohanan Ping Pong Piala Ketua Polis Negara (KPN) Tahun 2022 yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini.

Pasukan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur terpaksa akur dengan kehebatan Bukit Aman apabila hanya mampu bergelar naib johan dalam perlawanan akhir acara beregu dan perseorangan lelaki.

Prestasi cemerlang para pemain lelaki Bukit Aman ibarat mengikut langkah pasukan wanitanya yang berjaya menewaskan Kontinjen Pahang kelmarin. Kemenangan berganda tersebut sekaligus melayakkan Pasukan Bukit Aman membawa pulang piala iringan, pingat dan piala pusingan yang menjadi rebutan setiap kali kejohanan diadakan.

Kontinjen Kuala Lumpur berjaya menjadi naib johan kategori berpasukan lelaki manakala Selangor dan Johor sama-sama menduduki tempat ketiga bagi berpasukan lelaki dan Kontinjen Johor serta Terengganu (berpasukan wanita).
Berucap mewakili KPN, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani sempena penutupan kejohanan tersebut hari ini, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato' Zaini Jass mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan Bukit Aman atas pencapaian
hebat yang ditunjukkan.
Tambah beliau lagi, penganjuran kejohanan sebegini merupakan platform terbaik
 
untuk melahirkan lebih ramai atlet pelapis muda berkualiti atau "talented player" sebagai produk masa depan Sukan PDRM.
Kejohanan Ping Pong Piala KPN yang berlangsung sejak 10 Februari itu telah berjaya menghimpunkan warga PDRM dari seluruh Malaysia selain semangat kesukanan tinggi oleh setiap pemain yang mengambil bahagian.

Hadir sama, Ketua Polis Pahang, CP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf, Pemangku Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) iaitu Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) JPJKK Bukit Aman, DCP Dato‘ Dr. Mustafa Khan Abdul Samat, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Sukan PDRM, DCP Tuan Hj. Azmi Adam, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Tuan Ruslan Khalid, Timbalan Ketua JPJKK Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang selaku Pengelola Ping Pong PDRM, ACP Tuan Gan Chip Pho dan Setiausaha Majlis Sukan PDRM, Superintendan Muhammad Najib Hamzah.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Lans Koperal Bryan Mustin


May be an image of 12 people, people standing and text that says 'KEJOHANAN PING PONG PIALA IS NEGARA 3FEB 22 '.'

May be an image of 7 people, people standing and indoor

May be an image of 8 people, people standing and indoor

May be an image of 15 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people, people standing, indoor and text

May be an image of 11 people and people standing

May be an image of 11 people, people standing and text that says 'KEJOHANAN PING PONG RIALA ETUA POOIS NEGARA -13 22 UKITJ UKIT 0'

May be an image of 14 people and people standing


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS