Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: WHATSAPP, WECHAT DIGUNA JERAT REMAJA, KANAK-KANAK DENGAN INTERAKSI SEKS

Kuala Lumpur, 13 Februari 2022 - Aplikasi sembang, WhatsApp dan WeChat menjadi platform media sosial yang paling banyak digunakan dalam eksploitasi seksual membabitkan mangsa daripada kalangan kanak-kanak dan remaja bawah usia 18 tahun di negara ini.

Rekod Bukit Aman menunjukkan kira-kira 30 peratus daripada 1,160 keseluruhan kes seksual di negara ini yang dilaporkan kepada polis sejak 2017, membabitkan penggunaan platform berkenaan.

Berdasarkan statistik Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman setakat 18 September lalu, sebanyak 354 kes seksual membabitkan mangsa bawah 18 tahun mempunyai kaitan dengan penggunaan aplikasi WhatsApp.

Sebanyak 322 kes lagi berpunca daripada interaksi dalam aplikasi Wechat, manakala Instagram menjadi punca bagi 158 kes dan 124 lagi melalui penggunaan Facebook (FB).

Mengulas perkara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian D11 JSJ Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan, berkata sekiranya tidak dibendung dari awal, lebih ramai kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun dikhuatiri dieksploitasi oleh penjenayah siber pada masa akan datang.

"Daripada keseluruhan 1,160 kes seksual direkodkan dalam tempoh itu, jenayah rogol membabitkan mangsa kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun adalah yang paling tinggi, iaitu 860 kes.

"Daripada jumlah 860 kes itu pula, 303 kes berpunca daripada interaksi dalam WeChat, diikuti WhatsApp dengan 261 kes, Instagram babitkan 96 kes dan 87 kes lagi disebabkan interaksi melalui FB," katanya kepada BH.

Ikuti kupasan lanjut berkenaan jenayah seksual membabitkan kanak-kanak menggunakan platform media sosial yang disampaikan oleh ACP Puan Siti Kamsiah di keratan akhbar terbitan Berita Harian Online.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS