Rompin, 17 Februari 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan turun padang melihat pelupusan barang kes Op Letrik (Bitcoin) yang dijalankan di Villea Rompin Resort & Golf, Pahang, di sini, hari ini.
Beliau yang hadir menyaksikan pelupusan barang kes tersebut menyeru kepada masyarakat agar tampil memberi maklumat kepada pihak berkuasa mengenai kegiatan sindiket melombong bitcoin secara haram supaya ia dapat dibanteras dengan segera.
Hadir sama, Ketua Polis Pahang, CP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJ Bukit Aman, DCP Dato' Azman Ahmad Sapri, Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Mohd Azahari Mukhtar, Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad, Encik Wan Nazmy Wan Mahmood dan Pegawai Undang - undang Majistret Rompin, Puan Wahidah Zainal Abidin.