Sudah menjadi sifat manusia menghulurkan bantuan apabila melihat seseorang dalam kesusahan. Bantuan yang kecil, besar maknanya jika dalam saat memerlukan.
Begitu juga buat Koperal Mohd Hakim dan Koperal Mohd Hawira dari Unit Rondaan Bermotorsikal (URB), Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai yang membantu seorang pengguna jalan raya yang kehabisan minyak sewaktu melalui Jalan Indahpura, Kulai, Johor, semalam.
Dengan sedikit bantuan yang dihulurkan dapatlah pengguna jalan raya tersebut meneruskan perjalanan. Syabas diucapkan!