Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK MEMBIMBANGKAN

 
Jenayah seksual melibatkan golongan kanak-kanak semakin membimbangkan berpunca daripada pengaruh pornografi di media-media sosial.

Ketagihan bahan pornografi yang membawa kepada perbuatan jenayah seksual khususnya melibatkan kanak-kanak semakin membimbangkan apabila 76 individu berumur 12 tahun ke bawah dikesan menjadi mangsa jenayah tersebut dalam tempoh dua tahun lalu.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan berkata, kes melibatkan jenayah tersebut didapati meningkat dengan ketara.

Polis tidak memenafikan wujud golongan pedofilia dalam masyarakat hari ini selain mereka yang mempunyai kecenderungan sesama jantina menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa.

Ikuti kupasan lanjut Bahagian I berkenaan jenayah seksual membabitkan kanak-kanak menggunakan platform media sosial yang disampaikan oleh ACP Puan Siti Kamsiah di keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 1 person and text

May be an image of 1 person, headscarf and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS