Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] CRIME ALERT: HELAH SUSPEK KONGSI GAMBAR BOGEL, ARAH MANGSA BUAT PERKARA SAMA SEBELUM DIUGUT

Kuala Lumpur, 27 Februari 2022 - Golongan kenamaan (VIP) tidak terlepas daripada menjadi mangsa pemerasan atau ugutan menyebarkan gambar dan video lucah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan berkata, mangsa berkenaan terpedaya selepas suspek berkongsi video membuka pakaian termasuk berbogel sebelum meminta mangsa melakukan perkara sama.

Menurutnya, mangsa terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti suri rumah, ibu tunggal selain segelintir kalangan VIP.

"Berdasarkan kes yang dilaporkan, ada mangsa termasuklah dalam kalangan VIP membayar serendah RM100 hingga lebih RM1,000 kepada suspek kerana khuatir dan malu jika gambar bogel atau video lucahnya itu tersebar.

"Modus operandi suspek ialah memperdaya mangsa baik lelaki atau wanita di media sosial seperti Facebook atau Instagram sehingga ada yang sanggup berkongsi gambar bogel atau video lucah.

"Suspek mengambil kesempatan dengan memberi barang atau ganjaran kepada mangsa pada awalnya sebagai tujuan untuk 'memancing' mangsa. Selain belikan hadiah, suspek akan tunjukkan gambar kononnya dia adalah seorang wanita cantik atau lelaki kacak yang hendak berkenalan dan lain-lain.

"Setelah perkenalan, mangsa diperdayakan untuk membuka pakaian dan menunjukkan anggota badan peribadi dan di situ bermulanya pemerasan," katanya eksklusif kepada Sinar Harian di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS