Menu

#OP BANJIR POSTING PILIHAN: TIGA BALAI POLIS, SATU PONDOK POLIS TUTUP AKIBAT BAH

Kuala Terengganu, 28 Februari 2022 - Balai Polis Kuala Jengai di Dungun antara balai dan pondok yang ditutup selepas dinaiki air menerusi banjir gelombang kelima yang bermula Jumaat lalu.

Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Rohaimi Md Isa berkata, balai itu antara yang paling teruk terjejas akibat bencana itu selepas dinaiki air bermula semalam.

Menurutnya, hujan berterusan menyebabkan balai dan kuarters yang menempatkan 10 anggota dan 23 ahli keluarga itu mula dinaiki air jam 10 pagi.

"Dua lagi balai yang terkesan akibat banjir ialah Balai Polis Manir di Kuala Terengganu dan Balai Polis Air Putih di Kemaman serta Pondok Polis Pasir Raja, Dungun," katanya.

Dato’ Rohaimi berkata, kesemua anggota yang berada di balai dan pondok yang terjejas selamat dan sudah dipindahkan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../3-balai-1-pondok-polis...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS