Menu

#OPBANJIR POLIS DUNGUN SELAMATKAN 47 KELUARGA TERKANDAS DALAM BANJIR

Polis Daerah Dungun hari ini berjaya menyelamatkan 47 keluarga yang terkandas dalam banjir di Kampung Nerang Jerangau, Dungun ketika sedang melakukan tinjauan ke lokasi-lokasi terjejas.

Tinjauan yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Jerangau, Sarjan Mejar Mohamed Johan Mohamed Deli, kesemua mangsa banjir telah selamat dipindahkan dengan menggunakan dua buah bot ke Pusat Pemindahan Sementara Dewan Sivik Kampung Jerangau.

Orang ramai yang terkandas diminta untuk menghubungi Pusat Kawalan Daerah yang terdekat bagi membolehkan operasi menyelamat dapat dilakukan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS