Polis Daerah Marang telah menghantar anggota dan asetnya ke sekitar Hulu Terengganu dalam misi menyelamat beberapa buah keluarga di perkampungan itu yang dilanda banjir baru-baru ini.
Tiada yang lebih penting bagi Polis Diraja Malaysia selain memastikan masyarakat setempat yang terjejas dengan banjir dapat diselamatkan dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara yang telah ditetapkan.