Menu

29 ANGGOTA PDRM BANGGA DIANUGERAHKAN "SAND BERET" 69 KOMANDO

Taiping, 1 Mac 2022 - Seramai 29 anggota polis hari ini melakar sejarah kerjaya masing-masing apabila berbangga dianugerahkan "sand beret" selepas menamatkan latihan asas 69 Komando, sekali gus bergelar warga unit elit itu di bawah Pasukan Gerakan Khas (PGK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesemua anggota pelbagai pangkat itu turut memahat kenangan yang tidak mungkin dilupakan kerana berjaya membuktikan diri mereka layak bergelar komando selepas melepasi latihan penuh mencabar selama 4 bulan setengah.

Penganugerahan "sand beret" dan benet sebagai lambang keperwiraan serta keberanian kepada semua anggota itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Razarudin Husain di Markas Kem Latihan Luar CLPK 69 Komando, Pusat Rekreasi dan Pelajaran Hutan Lipur Sungai Nyior, Trong dekat sini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, DCP Dato' Kasuahdi Ali dan Timbalan Komander 69 Komando, ACP Tuan Hamzah Hashim.

Turut diadakan ialah demonstrasi daripada para peserta latihan iaitu persembahan kawad tempur “recce” cedera dan tempur hadapan mara.

Acara penutupan tadi telah dimulakan dengan majlis penganugerahan beret kehormat 69 Komando kepada Dato' Razarudin yang disempurnakan oleh Tuan Hamzah.

Yang hadir, Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perundangan), SAC Tuan Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dan Ketua Penolong Pengarah (Perisikan/Siasatan Khas) Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas KDNKA Bukit Aman , ACP Tuan Anuar Rosdi.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin, Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 2 people and outdoors

May be an image of 5 people, people standing, outdoors and text

May be an image of outdoors and text that says 'KOM ANDO JIKA RAGU'

May be an image of 5 people and outdoors

May be an image of 6 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 3 people, people standing, outdoors and text that says 'RAZARUDIN POLIS'

May be an image of 2 people and outdoors

May be an image of 3 people and outdoors

May be an image of 10 people, people standing, outdoors and text that says 'DZAFFIR'

May be an image of 4 people and outdoors

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 13 people and outdoors

May be an image of 3 people and outdoors

May be an image of 1 person, outdoors and text

May be an image of 1 person and outdoors

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people and outdoors

May be an image of 2 people, people standing, military uniform and text

May be an image of 5 people, people standing, military uniform and outdoors
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS