Kuala Terengganu, 3 Mac 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain semalam melawat Balai Polis Manir, Kuala Terengganu yang terjejas dalam kejadian banjir yang melanda negeri Pantai Timur, baru-baru ini.
Hadir sama, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass, Ketua Polis Terengganu, DCP Dato' Rohaimi Md Isa, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am), Bukit Aman, DCP Dato' Kasuahdi Ali dan Timbalan Pengarah Jabatan Logistik (Teknikal dan Operasi), Bukit Aman, DCP Dato' Syukri Ahmad.